BOLEH MENANG KE BARISAN NASIONAL?
SALAM.... CATATAN NI BUKAN NAK MENGUTUK , MENCACI, MENGHINA, MENCERCA, MEMAKI ATAU APAPUN PERKATAAN YANG BERSESUAIAN DENGANYA... CUMA HANYA UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA... SAMA SAMA KITA BERFIKIR BETUL ATAU TIDAK... SEJUTA KEMAAFAN AKU POHON TERLEBIH DAHULU ANDAI MENGGURIS PERASAAN SESAPE...
isu yang aku bangkitkan ni adalah dari pemerhatian aku selama bergelar pengundi.. aku akui aku adalah penyokong kuat kerajaan.. xkan berpaling padah sama sekali kerana kerajaan inilah yang membesarkan aku, mendidik aku sehingga sekarang... tapi apa yang aku gusarkan adalah pemerhatian aku selama ini... perdana menteri kita dari dulu hingga sekarang (aku hidup dizaman pemerintahan tok dek) x pernah lupakan rakyatnya.. tapi sapa yg lupakan rakyat? jawapan aku adalah WAKIL RAKYAT yg dipilih rakyat.. kenapa aku ckp mcm tu?? aku ada alasan yg tersendiri.. aku skg bermastautin ditmpt dimana pembangkang adalah wakil rakyatnya.. apa yg aku lihat wakil rakyat ini terlalu dekat dihati masyarakat setempat yg aku tinggal skg.. walhal pd hakikatnya wakil rakyat ni jauh sgt dr hati aku... hehehehe... aku kagum melihat kesungguhan beliau menjadi wakil rakyat.. tidak jemu utk berdamping dgn masyarakat.. aku tak nafikan wakil rakyat BN pn ada yg berdamping dgn masyarakat.. tp ada protokolnya, ada hadnya, ada syaratnya, ada kelayakannya... wakil rakyat ditempat aku amat mengenali aku.. wlupun dia tahu aku tidak suka padanya, beliau tetap dgn perangainya yg mengambil berat... bertanya kabar dan tersenyum sentiasa... aku org melayu, org melayu ni ada satu sikap yg x blh diubah atau sukar diubah... BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT PUN DIBALAS BAIK... wlupun aku x suka pd wakil rakyat ni tp aku tersentuh hati melihat beliau bersungguh sungguh berbuat baik... bkn hanya pd aku tp pd semua masyarakat ditempat aku.. hampir setiap hari aku melihat beliau meronda dan melilau lilau dikawasannya.. mencari masalah rakyat dan cuba utk menyelesaikan masalah rakyat... pada hakikatnya beliau sendiri mempunyai masalah kerana beliau adalah OKU.. tp itu aku x mahu sentuh.. itu adalah nasib dia, rezeki dia.. cuma wakil rakyat ni bukan org melayu... bangsa apa??? biarlah rahsia... :)
x kira apa pun yg berlaku, kemalangan ke, pecah rumah ke, kebakaran ke, kenduri ke, majlis agama ke, jatuh longkang ke, cukur jambul ke, hari jadi ke, wakil rakyat ni tetap ada.. walaupun x berjemput.. kata org islam WALIMATULURUS... tp dia ni bkn melayu yg beragama islam, so dia x tahu la... nk kata muka x malu mmg patut la kan tp dia x peduli, apa yg penting dia nk masyarakat nmpk dia ada...
itu baru mukadimah je... persoalannya adalah.....
-pernah ke wakil rakyat BN berbuat demikian?
ya, ,mayb pernah tp jarang sesangat...
-pernah ke wakil rakyat BN dtg ke tempat kejadian semasa anda kemalangan?
ya, mayb pernah, itupun klu anda ni org kuat kerajaan, ada kepentigan dalam kerajaan atau pun sedara mara wakil rakyat tu la kan....
-pernah ke wakil rakyat BN dtg ke rumah terbakar sebelum dijemput?
ya, mayb pernah, itupun klu rumah dia dekat situ la.. xpun wakil rakyat ni terlalu dikawasan tmpt kejadian... wakil rakyat BN hanya akan dtg apabila dipanggil oleh ketua kampung ataupn org2 yg rapat dgn nya.. itu pun dgn persediaan yg rapi.. dgn kawalan polis, pastu semua exco turun, semua JKKKK turun dan mcm2 lg la... berlainan dgn wakil rakyat tmpt aku... dia ni ada sos(pemberi maklumat) dia.. x pyh dijemput pun dia dtg.. kdg2 bomba x smpt nk padam api pun dia dtg dah.. siap tolong padam api lg...
-pernah ke wakil rakyat BN dtg rumah anda masa rumah anda ada kenduri(x kira la besar ke kecik)?
ya, mayb pernah, itupun klu diberi kad v.i.p sebulan atau 2 bulan sebelum hr kenduri.. xpun anda ni org yg rapat dgn dia.. ataupn anda ni org yg berpengaruh(org kaya la tu).. kdg2 x dtg pn, hntr wakil je.. dah la dia wakil rakyat pastu hntr wakil plak... jd wakil tu WAKIL WAKIL RAKYAT la... :)
-pernah ke anda minum bersama wakil rakyat BN dikedai kopi biasa2 je(bkn kopitiam, coffe bean atau restoran mewah)?
ya, mayb pernah, itupun klu dia x blh nk elak dh.. ataupun lepas rasmi satu majlis dkt kwsn tersebut so terpaksa la dia minum jgk... tu pn x hbs minum.. yg bestnya org lain yg bayar... tp berbeza dgn wakil rakyat tmpt aku ni... x pyh jemput pn.. pagi di akan sarapan di kedai2 kopi melayu diseluruh kwsn dia, tghari dia akan mkn tghari diseluruh warung2 kwsn dia, mlm plak dia akn lepak2 bersama masyarakat kt mana2 je... tepi jln ke, tepi longkang ke, depan rumah ke, kedai kopi ke, asal dia lalu ada je, dia singgah.. pastu dia akan bayar semua.. siap warning klu sapa byr, dia xkan dtg lg kt situ...
4 soalan yg aku ajukan jd anda jwb la k... tepuk dada tanya selera.. adakah itu berlaku ditempat anda?? bagaimana wakil rakyat BN mengambil hati rakyat?? adakah hanya pd ketika pilihanraya semakin dkt je?? ataupun PM atau TPM turun pdg?? sama2 kita renungkan....
dalam bab nk berjumpa plak andai anda ada masalah....
apa yg anda lalui?? pertama, kena buat temujanji, kedua, kena jumpa org2 yg rapat dgn wakil rakyat BN dlu(kautim dlu), ketiga, berjumpa dlu dgn PA dia, keempat?? masalah anda dh pn makin besar... sampai masuk paper br nk bertindak... no telefon wakil rakyat BN ada??? ya kalau ada skali pun cuba call tgk??? sapa yg jawab??? PA dia kan?? sapa yg wakil rakyat ni???
so kita fkr la sama2... yg memilih adalah kita, yg menaikkan meraka ni adalah kita, jd dorang ni kena la igt... sama2 kita beringat.. bkn la nk berkepit je ngn wakil rakyat tp wakil rakyat kena la ada bila rakyat memerlukan... nama pun wakil rakyat kan??
peace!!!
DULU KINI DAN SELAMANYA.....